Monday, June 1, 2009

SUMBANGAN (KEBAJIKAN) PEMUDA UMNO BAHAGIAN KANGAR

Pemuda UMNO Bahagian Kangar yang diketuai oleh Saudara Arif Effendy Bin Ariffin bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kangar iaitu Sdr. Yusaidi Bin Mustafa, Sdr. Shameer Bin Mohd Hanif, Sdr. Nazwan Bin Md Rashid, Sdr. Arif Asmadi Bin Ariffin, Sdr. Saiful Daniel Bin Mohd Yusof, Sdr. Bakri Bin Baharom, dan Sdr. Sabri telah mengadakan lawatan ke Dewan Orang Ramai Cawangan Indera Kayangan untuk menyerahkan sumbangan ikhlas kepada Pn. Siti Malinda Binti Idris, isteri kepada Allahyarham Sdr. Suhaimi Bin Said, Ketua Pemuda Cawangan Bukit Kaya yang telah kembali kerahmatullah baru-baru ini. Sumbangan yang diberikan oleh Biro Agama, Modal Insan & Pembangunan As Sunnah serta Biro Kebajikan disampaikan oleh Saudara Arif Effendy Bin Ariffin. Turut serta menerima sumbangan adalah Kekanda Allahyarham iaitu En. Sobirin Bin Said.
g
Malam itu juga (31hb Mei 2009), Sdr. Arif Effendy Bin Ariffin selaku Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar telah menyerahkan peruntukan Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan kepada Penyelaras DUN Indera Kayangan iaitu Sdr. Nazwan Bin Md Rashid. Bersama beliau adalah Ketua-Ketua Pemuda Cawangan DUN Indera Kayangan.
d
Galeri
ff
Gambar 1:
Sdr. Sdr. Arif Effendy Bin Ariffin menyerahkan sumbangan sambil diperhatikan oleh Sdr. Nazwan Bin Md. Rashid
k
Gambar 2:
Suasana Majlis

Gambar 3:
Suasana Majlis

No comments:

Post a Comment