Friday, March 20, 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009


Pemuda UMNO DUN Sena akan menyertai Perhimpunan Agong UMNO Malaysia bermula 23hb Mac 2009 (Isnin) ini hingga 27hb Mac 2009 akan datang. Pemuda UMNO DUN Sena seramai empat (4) orang akan menyertai Pemuda UMNO DUN Bintong, Indera Kayangan, Kayang dan Kuala Perlis. Pemuda UMNO Bahagian Kangar merupakan urusetia bagi rombongan ini. Semua peserta rombongan akan menginap di Lotus Hotel Kuala Lumpur yang disediakan oleh Ketua Bahagian Kangar dan juga Menteri Besar Perlis iaitu YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu.

RAYUAN ALI RUSTAM DITOLAK


KUALA LUMPUR 20 Mac – Panel Rayuan UMNO menolak rayuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang beliau daripada bertanding pada pemilihan UMNO minggu depan.

Lembaga Disiplin Selasa lalu, membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO - (Sumber Utusan)