Sunday, May 24, 2009

D.U.N SENA TEMPAT KEDUA KARNIVAL SUKAN KOMUNITI NEGERI PERLIS

Tahniah diucapkan kepada Kontijen D.U.N Sena yang diketuai oleh YB Tuan Abdul Jamil Saad di atas kejayaan memperolehi tempat kedua dari lima belas (15) D.U.N yang bertanding dalam Karnival Sukan Komuniti Negeri Perlis, Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis (23hb-24hb Mei 2009). Tetapi saat yang paling gembira bagi Kontijen D.U.N Sena ini adalah kejayaan memenangi (juara) pertandingan bola sepak sembilan (9) sebelah. Kemenangan ini dilihat satu hadiah kepada YB Tuan Abdul Jamil Saad selaku bekas Pengurus Bola Sepak Negeri Perlis yang disegani suatu masa dahulu semasa memenangi Piala Malaysia.
h
Galeri
d
Gambar 1:
Bergambar kenangan bersama YB Tuan Abd. Jamil Saad

Gambar 2:
YB Tuan Abd. Jamil Saad menyampaikan hadiah kepada Pengurus Bola Sepak D.U.N Sena iaitu Sdr. Mohamad Fazil Bin Abu Bakar

Gambar 3:
Kontijen D.U.N Sena

Gambar 4:
Turut hadir: YB Khairy (Mata Ayer) dan YB Mat Hasan (Kuala Perlis)

Gambar 5:
Pn. Mazita Mansor turut sama memberi sokongan kepada Kontijen Sena


No comments:

Post a Comment