Friday, July 3, 2009

JEJAK KASIH DI KG. JEJAWI PERMATANG

Program Masuk Kampung (Jejak Kasih) ADUN Sena diteruskan ke Kampung Jejawi Permatang. Seperti biasa program ini akan mendapat sokongan padu dari Pemuda UMNO DUN Sena disamping Wanita dan Puteri UMNO DUN Sena sendiri. Turut menjayakan program ini adalah beberapa orang Pengerusi JKKK dari DUN Sena. Program begini juga telah memberikan reaksi yang positif dari masyarakat kampung. Kebanyakan warga tua dan yang telah uzur merasa sangat teharu dengan kehadiran YB Tuan Abd. Jamil Saad.
Galeri

Gambar 1:
YB Tuan Abdul Jamil Saad memberikan sumbangan kepada salah seorang warga emas sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda UMNO Jejawi Permatang

Gambar 2:
Beginilah contoh dan tauladan seorang pemimpin yang sanggup beramah mesra dengan penduduk walaupun dalam apa jua keadaan

Gambar 3:
YB Tuan Abdul Jamil meluangkan masa bersama salah seorang penduduk kampung


Gambar 4:
Ketua Pemuda UMNO Jejawi Permatang (Sdr. Syed Amin) bersama Ketua Pemuda UMNO Repoh (Sdr. Fazil) dan Taman Gasing (Sdr. Kamarul)

Gambar 5:
Puan Mazita Mansor (isteri YB Tn. Abd. Jamil) yang sama-sama menyertai program ini

Saturday, June 13, 2009

FUTSAL SEBAGAI AKTIVITI RIADAH UNTUK WARGA SENA

YB Tuan Abd. Jamil Saad telah menjadikan aktiviti Futsal sebagai aktiviti riadah mingguan bagi warga Sena. Aktiviti ini diadakan setiap hari Jumaat (malam) bermula jam 10.00 malam. Ketua-Ketua Pemuda UMNO DUN Sena dan juga Pengerusi JKKK DUN Sena turut diundang untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ini.
s
Galeri
s
Gambar 1:
YB Tn. Abdul Jamil Saad turut serta bermain futsal

Gambar 2:
YB Tn. Abdul Jamil Saad semasa di bangku rehat

Gambar 3:
Ketua-Ketua Pemuda UMNO Sena yang turut serta

Gambar 4:
Suasana dalam gelanggang

PROGRAM JEJAK BAKTI (ZIARAH) DI TAMAN GASING

Program Jejak Bakti atau program ziarah / masuk kampung oleh YB Tuan Abdul Jamil Saad diteruskan ke Taman Gasing. Seperti biasa program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari Ketua-Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri DUN Sena sendiri. Antara Ketua Pemuda UMNO Cawangan DUN Sena yang turut sama dalam program ini adalah Ketua Pemuda Repoh, Sdr. Mohd Fazil, Ketua Pemuda Repoh Selatan, Sdr. Shazmeer, Ketua Pemuda Kg. Salang, Sdr. Amizi, Ketua Pemuda Taman Guru Jaya, Sdr. Saiful Daniel dan Ketua Pemuda Taman Gasing iaitu Sdr. Kamarul. Program ini juga turut melibatkan Ketua Cawangan dan Ketua Wanita Cawangan Taman Gasing di samping Penyelaras Wanita UMNO DUN Sena iaitu Pn. Norlina serta Penyelaras Puteri UMNO DUN Sena iaitu Pn. Dona.
s
Galeri
s

Gambar 1:
Gambar kenangan jentera Program Jejak Bakti DUN Sena di Taman Gasing
m
Gambar 2:
Puan Azizah bersama YB Tn. Abdul Jamil semasa menziarahi rumah penduduk berbangsa Cina


Gambar 3:
YB Tuan Abd. Jamil berbual dengan salah seorang penduduk Taman Gasing

Gambar 4:
YB Tuan Abd. Jamil berbual dengan salah seorang penduduk (keturunan India) Taman Gasing

Gambar 5:
Jentera Program Jejak Bakti

Gambar 6:
Ketua Pemuda Taman Gasing (Sdr. Kamarul) - Kanan bersama Sdr. Mohd Fazil

Friday, June 12, 2009

BIRO AGAMA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KANGAR (1)

Biro Agama, Modal Insan Dan Pembangunan Al Sunnah telah mengadakan dua (2) aktiviti pada 11hb Jun 2009 (Khamis) iaitu (a) Gotong Royong (bersih surau) di Kampung Telaga Nyior Manis, Gunung Medan - 5.00 petang dan (b) Tahlil di Pangsapuri (Flat) Kampung Sena - 7.45 malam. Sdr. Yusaidi Mustafa selaku Pengerusi Biro Agama turut serta dalam kedua-dua aktiviti ini.
d
Galeri
s
Gambar 1:
Aktiviti Tahlil, Pangsapuri Kampung Sena
s
Gambar 2:
Aktiviti Tahlil, Pangsapuri Kampung Sena

Gambar 3:
Aktiviti Tahlil, Pangsapuri Kampung Sena

Gambar 4:
Gotong-royong di Kampung Telaga Nyior Manis

Gambar 5:
Gotong-royong di Kampung Telaga Nyior Manis

Gambar 6:
Gotong-royong di Kampung Telaga Nyior Manis

BIRO KEBAJIKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KANGAR AKTIF

Biro Kebajikan Pemuda UMNO diteruskan lagi dengan kunjungan ke rumah En. Azrin Bin Othman di RPA Kangar. Kali ini Timbalan Pengerusi Biro iaitu Sdr. Shameer Haniff telah menyampaikan hamper dan sedikit sumbangan mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kangar serta beramah mesra dengan En. Azrin Bin Othman. (12hb Jun 2009 - Jumaat)
Galeri

Gambar 1:
Sdr. Shameer berjabat tangan dengan En. Azrin Othman di RPA Kangar

Gambar 2:
Sdr. Shameer beramah mesra dengan En. Azrin Othman di RPA Kangar


Wednesday, June 10, 2009

SATU USAHA KE ARAH KEBAJIKAN UNTUK SEMUA

Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Kangar telah mengadakan kunjungan (ziarah) ke rumah En. Bakar Hamid (Bang Kaq Hindustan) di Taman Sena Indah DUN Sena pada 10hb Jun 2009 (Rabu) jam 8.30 malam. Kunjungan atau ziarah ini bertujuan menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas dari Pemuda UMNO Bahagian Kangar kepada En. Bakar Hamid yang telah disahkan mengalami gangguan prostate yang serius. Turut sama dalam kunjungan ini adalah Pengerusi JKKK Sena Indah dan Setiausaha serta barisan AJK Pemuda. Nota: Anda semua bolehlah menghubungi En. Bakar Hamid untuk menyampaikan apa-apa sumbangan bagi meringankan beban beliau.
ad
Galeri
d
Gambar 1:
Sdr. Shameer selaku Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan menyampaikan sumbangan
k
Gambar 2:
Sdr. Areff Affendy Ariffin selaku Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar menyampaikan sumbangan

Gambar 3:
Keadaan En. Bakar Hamid yang terpaksa berbaring sepanjang masa

Gambar 4:
Sdr. Areff Affendy Ariffin khusyuk mendengar penjelasan dari En. Bakar Hamid. Belakang sekali adalah Sdr. Areff Asmady

Gambar 5:
Sdr. Kojak, Sdr. Fazil turut serta dalam kunjungan ini

Gambar 6:
Setiausaha dan Pengerusi JKKK Taman Sena Indah turut hadir

LAWATAN KE KAMPUNG YB DI PADANG BEHOR

Seperti biasa Program Masuk Kampung diteruskan ke Kampung YB Tuan Abdul Jamil Saad di Padang Behor. Bagi Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, lawatan ini dilihat sebagai satu lawatan yang cukup menyeronokkan di mana mereka semua dapat merasai suasana kampung yang cukup indah. Semua yang turut hadir berjalan kaki beramai-ramai memasuki jalan-jalan kampung dan beramah mesra dengan penduduk.
s
Galeri
s
Gambar 1:
YB Tuan Abd. Jamil bersama salah seorang penduduk yang uzur
o
Gambar 2:
YB Tuan Abd. Jamil bersama salah seorang penduduk yang uzur

Gambar 3:
YB Tuan Abd. Jamil bersama salah seorang penduduk yang uzur

Gambar 4:
YB Tuan Abd. Jamil bersama Ketua Pemuda Padang Behor (Kanan)

Gambar 5:
YB Tuan Abd. Jamil senyum gembira
k

Gambar 6:
Sdr. Shafie, Ketua Pemuda Padang Behor

Gambar 7:
Pn. Dona Penyelaras Puteri UMNO DUN Sena turut sama hadir

Gambar 8:
YB Tuan Abd. Jamil meninjau suasana kampung

Gambar 9:
Sdr. Uzair dan Sdr. Shafie mengangkat sumbangan

Gambar 10:
Suasana program

LAWATAN YB ADUN KE PADUKA IRA

YB Tuan Abdul Jamil Saad dan isteri Pn Mazita Mansor membuat lawatan / ziarah ke Cawangan Paduka Ira (Program Masuk Kampung). Seperti biasa turut hadir adalah Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO DUN Sena. Selain itu Ketua Pemuda Cawangan Paduka Ira dan Pengerusi JKKK Cawangan Paduka Ira turut bersama-sama YB Tuan Abdul Jamil dalam lawatan tersebut.
m
Galeri
m
Gambar 1:
Pn. Mazita Mansor turut sama dalam program ini.

Gambar 2:
YB Tuan Abd. Jamil Saad beramah mesra bersama seorang penduduk (sudah uzur)

Gambar 3:
YB Tuan Abd. Jamil Saad beramah mesra bersama seorang penduduk India

Gambar 4:
Ketua Pemuda Paduka Ira iaitu Sdr. Aznal bersama YB Tn. Abdul Jamil Saad

Friday, June 5, 2009

YB TN ABDUL JAMIL MASUK KAMPUNG - TAMAN MERPATI

YB Tuan Abdul Jamil Saad bersama Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO D.U.N Sena telah mengadakan Program Masuk Kampung ke setiap cawangan di D.U.N Sena. Program ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan cawangan dan juga mengadakan ziarah terhadap golongan warga emas dan yang telah uzur. Bagi kunjungan ke Taman Merpati, Tn. Haji Abd. Rahim Ariffin, selaku Pengerusi JKKK dan Ketua Pemuda Cawangan iaitu Sdr. Azhar Bin Abd. Majid telah mengiringi YB ADUN untuk menjayakan program ini. Turut disumbangkan oleh YB ADUN adalah hamper barangan keperluan.
d
Galeri
c
Gambar 1:
YB Tuan Abd. Jamil menziarahi salah seorang penduduk yang uzur
s
Gambar 2:
YB Tuan Abd. Jamil menziarahi salah seorang penduduk yang uzur


Gambar 3:
YB Tuan Abd. Jamil menziarahi salah seorang penduduk yang uzur


Gambar 4:
YB Tuan Abd. Jamil menziarahi salah seorang penduduk yang uzur

Gambar 5:
YB Tuan Abd. Jamil menziarahi salah seorang penduduk yang uzur

Gambar 5:
Sdr. Azhar Abd. Aziz, Ketua Pemuda UMNO Cawangan (Kiri) turut serta dalam program ini


MESYUARAT BAGI PENUBUHAN BELIA CAWANGAN D.U.N SENA TAHUN 2009

YB Tuan Abdul Jamil Saad bersama Penyelaras Pemuda UMNO D.U.N Sena iaitu Sdr. Saiful Daniel Bin Mohd Yusof telah mengadakan Mesyuarat Penubuhan Belia Cawangan bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan D.U.N Sena pada 03hb Jun 2009 (Rabu) jam 9.15 malam di Pusat Khidmat Wakil Rakyat D.U.N Sena. Pada mesyuarat itu, Ketua-Ketua Pemuda telah diberikan taklimat mengenai cara atau prosedur bagi menubuhkan belia di setiap cawangan. Hampir semua Ketua Pemuda UMNO Cawangan D.U.N Sena telah menghadiri mesyuarat ini. Tahniah!!!
s
Galeri
d
Gambar 1:
Ketua-Ketua Pemuda sedang mendengar taklimat dari YB Tuan Abd. Jamil Saad

Gambar 2:
Suasana mesyuarat

Gambar 3:
Ketua-Ketua Pemuda sedang mendengar taklimat dari YB Tuan Abd. Jamil Saad

Gambar 4:
Ketua-Ketua Pemuda sedang mendengar taklimat dari YB Tuan Abd. Jamil Saad

Gambar 5:
Ketua-Ketua Pemuda sedang mendengar taklimat dari YB Tuan Abd. Jamil Saad