Pra Karnival Sukan Rakyat Peringkat DUN Sena telah diadakan pada 02hb Mei 2009 (Sabtu) di Sekolah Rendah Kebangsaan Sena Kangar. Sebanyak 18 cawangan dari seluruh DUN Sena telah menghantar penyertaan untuk Karnival ini. Antara permainan dan acara yang dipertandingkan adalah: (a) Bola Sepak 9 Sebelah (b) Bola Jaring (c) Batu Seremban (d) Ketingting (e) Tarik Tali (f) Bowling Kelapa (g) Aspek Wanita dan (h) Galah Panjang. Karnival ini adalah persediaan sempena Karnival Sukan Rakyat Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang akan diadakan pada akhir bulan Mei 2009.
Turut hadir sama adalah YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar bersama isteri Datin Seri Mahani Abd Aziz.
Galeri
YBhg Datin Seri Mahani melepaskan acara akhir pertandingan tarik tali wanita
YB Dato' Seri Mohd Radzi melepaskan acara akhir pertandingan tarik tali lelaki
YB Dato' Seri Mohd Radzi bersama Datin Seri Mahani menyaksikan pertandingan bola sepak 9 sebelah
Gerai Jualan Kuih Muih
Gerai Jualan
Pemeriksaan Kesihatan
Meja Urusetia Sepak Raga Bulat
Pasukan YB Tn Abd. Jamil Saad melawan Pasukan Pengerusi JKKK DUN Sena
Meja Urusetia (bersama YB Tn Abd. Jamil Saad)
Barisan AJK Pemuda UMNO Bahagian (Dari kiri: Sdr. Bakri Baharom, Sdr. Mahathir Dato Seri Md. Isa, Sdr. Madi dan Sdr. Fazil)
Gambar 11:
Acara Gubahan (Aspek Wanita)
Gambar 12:
Acara Masakan (Aspek Wanita) - Kelihatan Pn. Norlina, Penyelaras Wanita
Gambar 13:
Kontijen Taman Guru Jaya yang memenangi acara keseluruhan Pra Karnival Sukan Rakyat
Gambar 11:Acara Gubahan (Aspek Wanita)
Gambar 12:Acara Masakan (Aspek Wanita) - Kelihatan Pn. Norlina, Penyelaras Wanita
Gambar 13:Kontijen Taman Guru Jaya yang memenangi acara keseluruhan Pra Karnival Sukan Rakyat
Sdr. Anuar (Ketua Pemuda Cawangan Jejawi Dalam) menguruskan acara tarik tali wanita
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah















No comments:
Post a Comment