
Pemuda UMNO DUN Sena akan menyertai Perhimpunan Agong UMNO Malaysia bermula 23hb Mac 2009 (Isnin) ini hingga 27hb Mac 2009 akan datang. Pemuda UMNO DUN Sena seramai empat (4) orang akan menyertai Pemuda UMNO DUN Bintong, Indera Kayangan, Kayang dan Kuala Perlis. Pemuda UMNO Bahagian Kangar merupakan urusetia bagi rombongan ini. Semua peserta rombongan akan menginap di Lotus Hotel Kuala Lumpur yang disediakan oleh Ketua Bahagian Kangar dan juga Menteri Besar Perlis iaitu YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu.

